Selasa, 31 Mac 2009

Tip Didik Anak

Bismillahirrahmanirrahim
  • Tips 1- Cari peluang untuk beritahu anak-anak supaya takut kepada Allah sekurang-kurangnya sekali sehari.
  • Tips 2 - Tunjukkan kasih sayang kepada anak sekurang-kurangnya sekali sehari dengan niat yang ikhlas di dalam hati, sama ada melalui perbuatan atau terus berkata bahawa anda sayang kepada mereka.
  • Tips 3 - Fahami kehendak dan perasaan anak dengan serius. Jangan sesekali tidak ambil indah dengan apa yang diluahkan oleh mereka.
  • Tips 4 - Katakan “takpe” apabila anak tidak sengaja melakukan kesilapan. Sebaliknya anda perlu lebih berhati-hati agar tidak tersilap terutama di hadapan mereka.
  • Tips 5 - Wujudkan sebuah buku penghargaan kepada anak. Catat setiap perkara baik pertama yang mereka lakukan. Seperti tarikh mula berkata “a”, meniarap, merangkak, berjalan, bersekolah, dapat no.1 dan sebagainya.
  • Tips 6 - Senyum atau ketawa sederhana ketika anak buat ‘joke’ walaupun pada anda ia bukannya lawak mana.
  • Tips 7 - Puji setiap percubaan baik yang dilakukan oleh anak tanpa menghiraukan keputusannya.
  • Tips 8 - Ambil gambar hari pertama setiap permulaan sesi persekolahan anak kemudian abadikan kenangan tersebut dalam album berasingan.
  • Tips 9 - Sentiasa cabar pengetahuan dan minda anak, hiburkan suasana itu dengan sama-sama mencari jawapan kepada cabaran tersebut.
  • Tips 10 - Ingatkan anak agar selawat ke atas Rasulullah SAW sekurang-kurangnya setiap kali bangun dan ingin tidur.
  • Tips 11 - Apabila anak tiada mood kerana kecewa tidak dapat berbuat sesuatu sebagaimana yang diharapkan, beritahu anak bahawa ‘tidak boleh’ atau ‘tidak dapat’ atau ‘tidak mampu’ itu bukanlah untuk selama-lamanya. Dengan latihan secara istiqamah (berterusan) dan bersungguh-sungguh, kemahiran baru akan diperolehi seterusnya merubah keadaan menjadi ‘boleh’ atau ‘dapat’ atau ‘mampu’ buat.
  • Tips 12 - Elakkan berkata kepada anak “kan (ayah/ibu) dah bagitau! ianya…” sebaliknya katakan “kan (nama anak) dah tahu ianya….”
  • Tips 13 - Katakan terima kasih secara sedar dari dalam hati atas ucapan baik atau penghargaan yang anak berikan kepada anda.
  • Tips 14 - Jangan paksa anak meminati apa yang anda suka, sebaliknya bantu mereka kenali kelebihan pada diri di samping memberi galakan dan bantuan ke arah memperkayakan minat mereka itu. Setiap orang memiliki kelebihannya yang tersendiri.
  • Tips 15 - Nyatakan secara terus terang setiap kali anda tidak suka terhadap tindakan anak. Memilih untuk diam sebagai langkah pencegahan bukan sahaja menjadikan anak untuk konfius sebaliknya mengajar mereka mengambil sikap sama apabila berselisih pendapat dengan anda.
  • Tips 16 - Jangan biarkan anak tertidur dalam kemarahan, atau tidur dengan fikiran bahawa anda sedang marah kepadanya.
  • Tips 17 - Jelaskan kepada anak bahawa setiap orang memang mempunyai pendapat dan pandangan yang berbeza. Hormatilah pandagan anak dan berilah teguran dengan hikmah sehingga pendapat mereka itu berada di jalan yang betul.
  • Tips 18 - Jangan buka rahsia, kelemahan, kesilapan, sejarah hitam ataupun aib anak kepada orang lain walaupun adik beradiknya sendiri.

Sumber - ibnrajab.wordpress.com

~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan