Selasa, 31 Mac 2009

Seluar Dalam Berzip




SELUAR dalam dipasang zip adalah tempat yang selamat dan berkesan untuk menyimpan barang curi

KUALA LUMPUR - Seluar dalam rupa-rupanya bukan lagi sekadar pakaian kerana ia juga berfungsi sebagai 'tempat paling selamat' bagi segelintir pembantu rumah menyembunyikan barangan majikan yang dicuri. Mereka dipercayai menyimpan barangan kemas dan wang majikan dalam seluar itu bagi mengelak majikan menemuinya semula ditempat lain.

Taktik itu terbongkar apabila seorang pembantu rumah terpaksa menceritakan kepada majikannya bahawa seluar dalam seperti itu memang ada digunakan oleh sesetengah pembanturumah dari Indonesia .Wanita itu terpaksa mendedahkan rahsia tersebut selepas dia sendiri disoal-siasat oleh majikannya, seorang pensyarah universiti yang hanya mahu dikenali sebagai Faridah, 50."Saya dah banyak kali menjadi mangsa sehingga memaksa saya membuat pemeriksaan mengejut ke atas pembantu rumah baru-baru ini selepas barang kemas dan wang dalam beg duit saya hilang."Akhirnya saya jumpa seluar dalam berzip dan di situ dia menyimpannya,'' kata Faridah baru-baru ini.

Beliau menceritakan, pembantu rumahnya itu mengakui seluar dalam itu satu cara yang selamat dan berkesan untuk menyimpan barang curi."Saya pernah hilang cincin berlian berharga RM19,000 tetapi gagal menemui semula walaupun semua ahli keluarga menyelongkar bilik pembantu rumah."Satu-satu tempat tidak periksa ialah pada bahagian bawah badannya dan pada waktu itu saya tidak mengetahui dia memakai seluar dalam berzip,'' katanya dengan menambah, pembantu rumahnya itu sempat melarikan diri selepas itu.




~

Tip Didik Anak

Bismillahirrahmanirrahim
  • Tips 1- Cari peluang untuk beritahu anak-anak supaya takut kepada Allah sekurang-kurangnya sekali sehari.
  • Tips 2 - Tunjukkan kasih sayang kepada anak sekurang-kurangnya sekali sehari dengan niat yang ikhlas di dalam hati, sama ada melalui perbuatan atau terus berkata bahawa anda sayang kepada mereka.
  • Tips 3 - Fahami kehendak dan perasaan anak dengan serius. Jangan sesekali tidak ambil indah dengan apa yang diluahkan oleh mereka.
  • Tips 4 - Katakan “takpe” apabila anak tidak sengaja melakukan kesilapan. Sebaliknya anda perlu lebih berhati-hati agar tidak tersilap terutama di hadapan mereka.
  • Tips 5 - Wujudkan sebuah buku penghargaan kepada anak. Catat setiap perkara baik pertama yang mereka lakukan. Seperti tarikh mula berkata “a”, meniarap, merangkak, berjalan, bersekolah, dapat no.1 dan sebagainya.
  • Tips 6 - Senyum atau ketawa sederhana ketika anak buat ‘joke’ walaupun pada anda ia bukannya lawak mana.
  • Tips 7 - Puji setiap percubaan baik yang dilakukan oleh anak tanpa menghiraukan keputusannya.
  • Tips 8 - Ambil gambar hari pertama setiap permulaan sesi persekolahan anak kemudian abadikan kenangan tersebut dalam album berasingan.
  • Tips 9 - Sentiasa cabar pengetahuan dan minda anak, hiburkan suasana itu dengan sama-sama mencari jawapan kepada cabaran tersebut.
  • Tips 10 - Ingatkan anak agar selawat ke atas Rasulullah SAW sekurang-kurangnya setiap kali bangun dan ingin tidur.
  • Tips 11 - Apabila anak tiada mood kerana kecewa tidak dapat berbuat sesuatu sebagaimana yang diharapkan, beritahu anak bahawa ‘tidak boleh’ atau ‘tidak dapat’ atau ‘tidak mampu’ itu bukanlah untuk selama-lamanya. Dengan latihan secara istiqamah (berterusan) dan bersungguh-sungguh, kemahiran baru akan diperolehi seterusnya merubah keadaan menjadi ‘boleh’ atau ‘dapat’ atau ‘mampu’ buat.
  • Tips 12 - Elakkan berkata kepada anak “kan (ayah/ibu) dah bagitau! ianya…” sebaliknya katakan “kan (nama anak) dah tahu ianya….”
  • Tips 13 - Katakan terima kasih secara sedar dari dalam hati atas ucapan baik atau penghargaan yang anak berikan kepada anda.
  • Tips 14 - Jangan paksa anak meminati apa yang anda suka, sebaliknya bantu mereka kenali kelebihan pada diri di samping memberi galakan dan bantuan ke arah memperkayakan minat mereka itu. Setiap orang memiliki kelebihannya yang tersendiri.
  • Tips 15 - Nyatakan secara terus terang setiap kali anda tidak suka terhadap tindakan anak. Memilih untuk diam sebagai langkah pencegahan bukan sahaja menjadikan anak untuk konfius sebaliknya mengajar mereka mengambil sikap sama apabila berselisih pendapat dengan anda.
  • Tips 16 - Jangan biarkan anak tertidur dalam kemarahan, atau tidur dengan fikiran bahawa anda sedang marah kepadanya.
  • Tips 17 - Jelaskan kepada anak bahawa setiap orang memang mempunyai pendapat dan pandangan yang berbeza. Hormatilah pandagan anak dan berilah teguran dengan hikmah sehingga pendapat mereka itu berada di jalan yang betul.
  • Tips 18 - Jangan buka rahsia, kelemahan, kesilapan, sejarah hitam ataupun aib anak kepada orang lain walaupun adik beradiknya sendiri.

Sumber - ibnrajab.wordpress.com

~

Ibuku Seorang Pembohong

Artikel ini bukan nukilan saya.. tetapi dihantar oleh seorang kenalan ke email saya untuk berkongsi dengan kalian semua

kisahnya.. Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.

  • Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga.Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : “”Makanlah nak ibu tak lapar.” – PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

  • Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi.. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : “Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan.” – PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

  • awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak.Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih denagn beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : “Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula.” Ibu tersenyum dan berkata : “Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi.” – PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.

  • Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang.Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih saying ibu yang jauh lebih kental.Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : “Minumlah nak, ibu tak haus!!” – PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.

  • Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu.Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : “Saya tidak perlukan cinta saya tidak perlukan lelaki.” – PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.

  • Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya.Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : “Jangan susah-susah, ibu ada duit.” – PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.

  • Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara.Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula.Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; “Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang.” – PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

  • Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta.Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap ajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menhadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus.Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : “Jangan menangis nak, ibu tak sakit.” – PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, ‘Ibu,saya sayangkan ibu.’ Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebi dari segala-galanya, tapi tidak pernah sealipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu. Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu…


Sumber -

~

Renungan Bersama

Subuhnya ..
di mana aku berada
masih enak dalam kelambu rindu
sambil berpoya-poya dengan waktu
masa bagaikan menderu
langkah tiada arah tuju
fikiran terus bercelaru
terlupa aku semakin dihujung waktu
siapa aku di depan Tuhan ku.

Zuhurnya ..
aku lebih memikirkan kelaparankehausan dan rehat
kuaku lebih mementingkan tuntutan jawatanku
aku bertolak ansur dengan waktu
aku gembira membilang keuntungan
aku terlupa betapa besar kerugian
jika aku mengadaikan sebuah ketaatan
siapa aku di depan Tuhan ku.

Asarnya ..
aku lupa warna masa cepat berubah bagaikan ditolak-tolak
aku masih dengan secawan kopi
kuterlupa panas tidak dihujung kepala
aku masih bercerita
tentang si Tuah yang setia dan si Jebat yang derhaka
siapa aku di depan Tuhan ku

Maghribnya ..
aku melihat warna malam
tetapi aku masih berligar di sebalik tabirnya
mencari sisa-sisa keseronokan
tidak terasa ruang masa yang singkat
jalan yang bertongkat-tongkat
ruginya bertingkat-tingkat
siapa aku di depan Tuhan ku.

Isyaknya ..
kerana masanya yang panjang
aku membiarkan penat menghimpit dadaku
aku membiarkan kelesuan mengangguku
aku rela terlena sambil menarik selimut biru
bercumbu-cumbu dengan waktuku
siapa aku di depan Tuhan ku.

Kini aku menjadi tertanya-tanya sampai bila aku akan melambatkan sujudku apabila azan berkumandang lagi. Aku tidak akan membiarkan Masjid menjadi sepi kerana di hujung hidup ada mati, bagaimana jenazah akan dibawa sembahyang di sini jika ruangku dibiarkan kosong jika wajahku menjadi asing pada mentari dan juga bintang-bintang.

Sumber Koleksi-koleksi terbaik nazacomp@gmail.com

~

Akum (Assalamualaikum)

SEKADAR PERINGATAN UNTUK SEMUA UMAT ISLAM…..
Ilmu utk dikongsi bersama :-
Pagi semalam dengar radio ikim (91.50 fm), ustaz Zawawi citer tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antaranya tentang bab memberi salam. Baginda memberi salam dgn lafaz “assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat dgn salam yg penuh “waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”.
Beri salam - “assalamualaikum”Jawab salam - “waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh”
Apabila kira berkirim salam pada org lain, hendaklah kita berkata “Kirim salam assalamualaikum pada ZIZAH ye” contoh lerr..
Bukannya : “Kirim salam kat ZIZAH ye”
Dan bukannya ” Kirim salam maut” statement ini adalah berdosa, walaupun sekadar gurauan!
Semoga ada manfaat.
“Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot”Maksud singkatan ” Akum”
Untuk renungan bersama :
Janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.
Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” iaitu sama makna dengan Assalamualaikum. Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform Akum dalam sms ataupun email. Perkataan “AKUM” adalah gelaran orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud “BINATANG” dalam Bahasa Ibrani.
Ia singkatan daripada perkataan “Avde Kokhavim U Mazzalot” yang bermaksud “HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT”. Mulai sekarang jika ada kawan-kawan hantar shortform “Akum”, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum.
Semoga ada manfaatnya.
JIKA ANDA TIDAK KEBERATAN, FORWARD LAH CERITA KEPADA TEMAN TEMAN MU,KERANA SESUNGGUHNYA ILMU YANG BERMANFAAT ITU, AKAN ABADI JIKA DIAMALKAN.

sumber: email kamazeda01

~

Indahnya Malam Pertama

Indahnya malam pertama kita
Satu hal sebagai bahan renungan Kita...
Tuk merenungkan indahnya malam pertama
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata
Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa
Justru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut
Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara
Hari itu... mem pelai sangat dimanjakan
Mandipun...harus dimandikan
Seluruh badan Kita terbuka....
Tak ada sehelai benangpun menutupinya. .
Tak ada sedikitpun rasa malu...
Seluruh badan digosok dan dibersihkan
Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan
Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...
Itulah sosok Kita....Itulah jasad Kita waktu itu
Setelah dimandikan.. ,
Kitapun kan dipakaikan gaun cantik berwarna putih
Kain itu ...jarang orang memakainya..
Karena sangat terkenal bernama Kafan
Wangian ditaburkan kebaju Kita...Bahagian kepala..,badan. ..,
dan kaki diikatkan
Tataplah.... tataplah. ..itulah wajah Kita
Keranda pelaminan... langsung disiapkan
Pengantin bersanding sendirian...
Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga
Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul
Kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga
Serta rasa haru para handai taulan
Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir
Akad nikahnya bacaan talkin....
Berwalikan liang lahat..
Saksi-saksinya nisan-nisan. .
yang telah tiba duluan
Siraman air mawar..
pengantar akhir kerinduan
Dan akhirnya....
tiba masa pengantin..Menunggu dan ditinggal sendirian,
Untuk mempertanggungjawab kan seluruh langkah kehidupan
Malam pertama yang indah atau meresahkan..
Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan ketika 7 langkah telah pergi....
Sang Malaikat lalu bertanya.
Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur...
Ataukah Kita kan memperoleh Siksa Kubur.....
Kita tak tahu...Dan tak seorang pun yang tahu.....
Tiap hari inilah yang kita lalui.... Susah vs. Senang.
Dunia semua yangmengasyikkan. .
menyita perhatian kita.
Sedangkan dunia nyata yang
menjemukan lupa kita isi dengan hal hal yang dapat menyinari jiwa yang
nantinya akan kita bawa kepada NYA.
Mengapa susah menerima kebenaran?
Apakah karena kosongnya jiwa yang
tak dapat terisi oleh kebenaran dan cahaya alam nyata?

Sumber ~AsNaSoFia~

~

Isnin, 30 Mac 2009

Teka-teki

Teka-teki Ahli Suffi jarang di dengar atau di pertengahkan. Sekali sekali marilah kita menghayati teka-teki seorang Ahli Suffi yang terkenal iaitu daripada Imam Al-Ghazali.

Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?"
  • Murid 1 = " Orang tua "
  • Murid 2 = " Guru "
  • Murid 3 = " Teman "
  • Murid 4 = " Kaum kerabat "
  • Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).
Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"
  • Murid 1 = " Negeri Cina "
  • Murid 2 = " Bulan "
  • Murid 3 = " Matahari "
  • Murid 4 = " Bintang-bintang "
  • Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar.Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita,apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datangdengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".
Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"
  • Murid 1 = " Gunung "
  • Murid 2 = " Matahari "
  • Murid 3 = " Bumi "
  • Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."
Imam Ghazali = " Apa yang paling berat didunia "
  • Murid 1 = " Baja "
  • Murid 2 = " Besi "
  • Murid 3 = " Gajah ! "
  • Imam Ghazali = " Semua itu benar,tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."
Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
  • Murid 1 = " Kapas"
  • Murid 2 = " Angin "
  • Murid 3 = " Debu "
  • Murid 4 = " Daun-daun"
  • Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat
Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali didunia ini "
  • Murid-Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "
  • Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasan saudaranya sendiri " wassalam!
~